Thursday, July 29, 2010

VISI

Ke arah pembentukan peribadi muslim
MISI

Membentuk dan mengembangkan potensi insan supaya menjadi muslin yang berilmu,beramal dan bertaqwa.

Melengkapkan serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah

Wednesday, July 28, 2010

SEJARAH SEKOLAH

* Sekolah Agama Taman Desa ditubuhkan pada tahun 1999. Pada asalnya sekolah ini adalah Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( S.R.A.B ) di bawah pimpinan Ustaz Samsudin Bin Hj.Awang sebagai Guru Besar.
* Pada awalnya Sekolah Agama Taman Desa , menumpang bangunan Sekolah SRAB yang pada masa itu Guru Besarnya ialah Ustazah Siti Aminah Binti Sarmin pada permulaan tahun 1999.
* Namun begitu , pada akhir tahun 2000 bangunan sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Sekolah Agama Taman Desa, dan Guru Besar pada masa itu ialah Ustazah Siti Aminah Binti Sarmin.
* Pada awal penubuhan tahun 1999 Sekolah Agama Taman Desa hanya mempunyai 2 orang guru sahaja. Jumlah pelajar seramai 88 orang dengan 2 aliran darjah 1 dan darjah 2 serta satu sesi iaitu sesi petang.
* Pada tahun 2000 jumlah guru bertambah seramai 4 orang.Jumlah murid seramai 100 orang dengan 4 aliran, darjah 1 hingga darjah 4 serta satu sesi iaitu sesi petang.
* Pada tahun 2001 ,jumlah guru seramai 10 orang. Jumlah murid seramai 350 orang dengan 6 aliran, darjah 1 hingga 6 serta dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.Pada tahun ini juga TAJ 5 tahun telah dibuka diikuti tahun 2003 untuk TAJ 6 tahun.
* Bermula 16 Januari 2004 Guru Besar Ustazah Siti Aminah Binti Sarmin telah digantikan oleh Ustazah Hamidah Binti Hj Musa.Pada tahun ini juga Darjah Khas telah diwujudkan dengan tenaga pengajar seramai 3 orang dan jumlah pelajar seramai 48 orang.
* Akhirnya pada tahun 2009, Guru Besar Ustazah Hamidah Binti Hj Musa telah digantikan semula oleh Ustazah Siti Aminah Binti Sarmin sehingga sekarang.